Assalammualaikum dan hi semua..
Rasa gembira pulak bila bukak blog, ada orang baru update blog ni. Baguslah sebab masih ada yang ingat tentang kewujudan blog ni. Harap semua masih ingat tujuan blog ni diwujudkan. Cik roti pun selalu tak ada masa nak tulis entry baru. (sebenarnya malas..) So, memandangkan dah ada yang buat entry baru, maka cik roti pun rasa macam nak main tekan2 je keyboard ni.. (padahal esok ada paper, kalau rajin untuk study kan lagi bagus).
Rasanya, mesti sekarang semua Emas mahupun Dalisya dah jumpa bestfriend baru, harap2 tak ada yang lupa member lama. kalau dah terlupa, harap entry ni dapat mengembalikan balik memori korang.
okay.. apa benda la cik roti mengarut ni... dah terpesong dari apa yang cik roti nak sampaikan sebenarnya.
entry kali ni, cik roti nak sentuh sikit tentang sikap manusia yang tak berapa nak reti bersyukur. dah lama sebenarnya cik roti nak sentuh isu ni, tapi x berkesempatan.
so, ceritanya bergini.. cik roti tengah lepak ngan kwn2, sembang pasal isu PT3.. entah macam mana boleh melarat ke SPM.. dan ada lah seorang tu ckp : "aku takut betul time ambil result SPM, takut sangat x dpt straight A's". dan ada seorang tu tetiba menyampuk, : itu yang kau takut? aku frust sbb x dapat straight A's+. result tak setimpal dengan apa yang aku buat". and then diorg pun bertukar-tukar result SPM masing2. bila diorang tanya result cik roti, cik roti pun jawab: aku x minat lah nak cakap pasal result SPM ni, benda dah lepas, baik kita fikir mcm mana nak survive final ni.
sebenarnya dalam hati cik roti dah terbakar.. okay, diorang ni mmg high achiever, top student, high scorer.. sentiasa dapat apa yang diorang nak dgn mudah, mana pernah rasa dpt markah rendah, fail dan sebagainya. yang buat panas tu, selalu sangat merungut bila ada yang x perfect atau x memuaskan hati diorang. cik roti rasa, diorang sepatutnya bersyukur dengan apa yang diorang ada, sebab bukan semua orang dapat mcm apa yang diorang dpt. sepatutnya diorang bersyukur sbb tuhan mudahkan urusan diorang. kadang-kadang kita terlupa, kesenangan juga satu ujian drp tuhan.
so, berhenti merungut dan belajar lah untuk bersyukur. jangan tengok apa yang kita kurang drp org lain, bersukurlah dengan apa yang kita ada. hidup bukan semata-mata tentang dpt straight A's atau 4 flat atau dekan. cuba tanya diri masing2, apa yang kita nak dalam hidup ini? kemewahan? kemasyuran? populariti? kesempurnaan? tepuk dada tanya selera.
cik roti lebih memilih hidup yang sederhana, asalkan cik roti gembira. lebih baik ada pahit, sekurang-kurangnya kita tahu ada rasa yang lain selain drp rasa manis. sekurang-kurangnya kita tahu apa rasanya berada di bawah dan sekurang-kurangnya kita tahu apa yang orang lain rasa. hidup bukan tentang kebahagiaan kita semata-mata, tapi mcm mana kita kongsikan kebahagiaan kita dengan org lain.
okay, mungkin entry kali ni, cik roti agak emosi sikit.. memang pun..
cik roti harap sangat2, sesiapa saja yang baca entry ni, boleh berfikir sejenak, berapa banyak yang kita merungut berbanding bersyukur?
itu saja dr cik roti, untuk yang tengah final, all the best. ^^
p/s: maaf la kalau ada typo, malas nak recheck.. k bye, nak study.
No comments:
Post a Comment