♥ Our Life ♥


Monday, December 29, 2014

Bersyukurlah, kita lebih bernasib baik

Assalammualaikum dan hi semua..

Rasa gembira pulak bila bukak blog, ada orang baru update blog ni. Baguslah sebab masih ada yang ingat tentang kewujudan blog ni. Harap semua masih ingat tujuan blog ni diwujudkan. Cik roti pun selalu tak ada masa nak tulis entry baru. (sebenarnya malas..) So, memandangkan dah ada yang buat entry baru, maka cik roti pun rasa macam nak main tekan2 je keyboard ni.. (padahal esok ada paper, kalau rajin untuk study kan lagi bagus).

Rasanya, mesti sekarang semua Emas mahupun Dalisya dah jumpa bestfriend baru, harap2 tak ada yang lupa member lama. kalau dah terlupa, harap entry ni dapat mengembalikan balik memori korang.

okay.. apa benda la cik roti mengarut ni... dah terpesong dari apa yang cik roti nak sampaikan sebenarnya.

entry kali ni, cik roti nak sentuh sikit tentang sikap manusia yang tak berapa nak reti bersyukur. dah lama sebenarnya cik roti nak sentuh isu ni, tapi x berkesempatan.

so, ceritanya bergini..  cik roti tengah lepak ngan kwn2, sembang pasal isu PT3.. entah macam mana boleh melarat ke SPM.. dan ada lah seorang tu ckp : "aku takut betul time ambil result SPM, takut sangat x dpt straight A's". dan ada seorang tu tetiba menyampuk, : itu yang kau takut? aku frust sbb x dapat straight A's+. result tak setimpal dengan apa yang aku buat". and then diorg pun bertukar-tukar result SPM masing2. bila diorang tanya result cik roti, cik roti pun jawab: aku x minat lah nak cakap pasal result SPM ni, benda dah lepas, baik kita fikir mcm mana nak survive final ni.

sebenarnya dalam hati cik roti dah terbakar.. okay, diorang ni mmg high achiever, top student, high scorer.. sentiasa dapat apa yang diorang nak dgn mudah, mana pernah rasa dpt markah rendah, fail dan sebagainya. yang buat panas tu, selalu sangat merungut bila ada yang x perfect atau x memuaskan hati diorang. cik roti rasa, diorang sepatutnya bersyukur dengan apa yang diorang ada, sebab bukan semua orang dapat mcm apa yang diorang dpt. sepatutnya diorang bersyukur sbb tuhan mudahkan urusan diorang. kadang-kadang kita terlupa, kesenangan juga satu ujian drp tuhan.

so, berhenti merungut dan belajar lah untuk bersyukur. jangan tengok apa yang kita kurang drp org lain, bersukurlah dengan apa yang kita ada. hidup bukan semata-mata tentang dpt straight A's atau 4 flat atau dekan. cuba tanya diri masing2, apa yang kita nak dalam hidup ini? kemewahan? kemasyuran? populariti? kesempurnaan? tepuk dada tanya selera.

cik roti lebih memilih hidup yang sederhana, asalkan cik roti gembira. lebih baik ada pahit, sekurang-kurangnya kita tahu ada rasa yang lain selain drp rasa manis. sekurang-kurangnya kita tahu apa rasanya berada di bawah dan sekurang-kurangnya kita tahu apa yang orang lain rasa. hidup bukan tentang kebahagiaan kita semata-mata, tapi mcm mana kita kongsikan kebahagiaan kita dengan org lain.

okay, mungkin entry kali ni, cik roti agak emosi sikit.. memang pun..
cik roti harap sangat2, sesiapa saja yang baca entry ni, boleh berfikir sejenak, berapa banyak yang kita merungut berbanding bersyukur?

itu saja dr cik roti, untuk yang tengah final, all the best. ^^

p/s: maaf la kalau ada typo, malas nak recheck.. k bye, nak study.


Friday, December 26, 2014

UJIAN AND FINALS


H E L L O  E V E R Y O N E

oke not a good picture to start with..get up
that is me in study week lying down


HELLOOOOO


Menjawab kepada prtanyaan cik Aisya di entry sebelumnya..yep saya sihat alhamdulillah
and trkejut sekejap bila baca EnD..sape pulak end ni?
ookay emas n dalisya ghopenye hehehe
maap L O A D I N G plak


Syukur syukur masing masing semua dah nak habis sem satu di kehidupan degree & ade yang baru memulakan degree dgn progressifnya di kota raya tidak lupa ade orang tu dah semester 4 yang tengah gembira bercuti bersiulan nengok movie hobbit kayfine..

Assalamualaikum wbt and helloo ma friends
Okey la meh kita nak jujur sikit.bisik bisik  
dulu kan kita janji kat diri sendiri taw kalau dapat laptop sendiri kan
kita akan lebih rajin update blog
. . . . 
hmmm guess wat hampehh je dengan diri sendiri pun nk mungkiri..
amik kau berbahasa kemain lagi mungkiri

apesal la pegi buat janji dgn diri sendiri pastu mungkiri hesh
and disebabkan nak final ni tetiba pulak rasa bersalah ececeeh
konon nye

maka tabahlah hati merangkak mengensot bukak laptop kuis idea nak tulis ape
kuis punya kuis punya kuis
TIINNNGGG!

Time's up takde idea kekeke


Basically meh kita story how am I

am getting chubby..here's a prove

 budak biru moks firstaim masuk hospital pakai labcoat

am getting nice friends alhamdulillah :)


satu kelas juga excited plus bajet sikit acah acah cam doktor gitu


am getting stressful olso like apebenda aku belajar ni??
bila amik test just close your eyes and shoot it right kekeke
kita tembak senior sebelah pastu kawan baju hitam terkezot pulak

caption sekadar hiasan..sebelah kita senior yang sangat baik and 
si kemeja biru dan si baju hitam ialah kawan satu course dari UniKL 
juga tidak lupa sebelah kita yang senyum lebar kawan secourse dari Sunway Uni :)



umm no caption


Mesti ada yang nak tanya balik semula Eh sufiah amik kos ape eh?
Takpe take saya maafkan sebab nama kos tupun panjang nk mampus
kadang kadang diri sendiri pun minum air semut lupa nama kos

Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi 
in short xray dan juga orang yg handle orang sakit kanser 
There it goes my degree life
Cukup cukuplah belanja gambar yang hambar

Jadi akhir kata, goodluck kepada semua yang bakal duduki final..
brings out the best of you..lawan sikit diri yg asyik nak layan movie tuu
ayat yang last tu untuk diri sendiri hekhekhek :P
BELIEVE ME EVERY EACH OF US WILL SUCCEED
IT'S JUST THE MATTER OF TIME





and tidak pernah dilupakan juga tentang musibah yang melanda seluruh negara kini :'(
UJIAN


terburuk dalam sejarah

ada diantara kita keluarga dan sanak saudara berada di kawasan terjejas
harapannya semoga mereka kekal kuat tabah hadapi ujian ini
ingat! kami tak pernah berhenti berdoa..ayuh doakan mereka
May Allah ease everything





Maka saya akhiri entry ini dengan serangkap pantun

sekarang dah late night
sufiah azila pun dah penat
okey eblibadi goodnight!

yang amik pendidikan geram je tengok budak ni telepas dari mana eja everybody pun tak lepas
yang master pantun jeling je tngok pantun 3 slice terburuk pernah wujud skang ni kbye

Cik Chipsm0re
04:44AM

Tuesday, September 16, 2014

UiTM Perlis, permulaan kehidupan degreeku n with SRK. Hikhik

Assalamualaikum..selamat sejahtera..

Korang apa khabar??
Cik aisya miss member EnD!!

Nk cerita sikit ni..XD
Alhamdulillah, masa result UPU keluar..
Dpt UITM.. Kos pilihan pertama..
Aku harap ini yg terbaik..IN SHA ALLAH
and then..
terus tanya SRK dpt mana.
Dup dap dup dap..
Kami dpt tempat sama.. Haha..
Syukur..
So...
3 org DALISYA ke utara.. 2 UiTM,1 UUM
sorang ke pntai timur, UMT
3 org bljr di area selangor,KL.. 2 org di UM, sorang di UKM.. Yg 2 lagi di UiTM n satu kolej perubatan. Rasanya. Asyik lupa ja nma kolej tu.. Hee~

Okok..
Alhamdullilah dh 3 week kt tmpt baru..
Dpt roomate bru..
Haha.. Yg sempoi sgt..
Sebilik dgn SRK pulak tu..
Dpt sekelas dgn sorg roomate. Haha..
Alhamdulillah.. Syukur!!

Dlm kelas, kite bergeng 4 org. Haha..
Kami sempoi ja!! Kkikii

Dh msk U ni. Yg penting niat..
Tuntut ilmu..
Dan kedua.. Duit la.
PTPTN.. uishhh
Moga2 menjadi biasiswa.. AMIN.. :)

dekat U ni byk gerai mkn..
Tapi sgt x byk yg memenuhi cita rasa..
Duduk PALAM dulu xdek la nk mkn sup2..
Duduk sini.. mengada nk mkn sup2 pulak dah..
MANUSIA.... XD

U ni dia ada 4 musim. Cewahhh
Bak kata senior la. Betul ke x.. Lain cite..
Tapi 3 musim dah nmpk dah...

Alhamdulillah.. So 3 years in this university...
Hoping that I will have a segulung ijazah that will mark the end of my studies here... Amin..

Goodluck kpd sahabatku!
Rezeki masing2..
Moga berjaya dlm bidang yg diperolehi. :) <33



Geng roomates. :)


Geng classmates XD

Wednesday, August 27, 2014

ceritaku

Hai semua...
Lama jugak blog ni takde entry baru ye...
semua orang pakat "busy" ni  >_<

Actually lama dah jari jemari nie nak menaip kat blog nie... cuma tak ada kesempatan...
so nak x nak, cik roti merajinkn jugak diri ini untuk mengupdate blog... at least ada lah entry baru sebelum sambung belajar..

ok,, sekarang nak cerita pasal apa ye...

loading.....

loading....

loading....

ting!!!

cik roti nak cerita pengalaman cik roti pergi interview sepanjang hidup ni lah.. hehe.. sekadar berkongsi...

interview untuk rebut jawatan x payah la ye... ;p

so.. first interview (iv) cik roti :

Pusat Asasi Sains UM - Asasi Sains Hayat
ok.. time ni mmg nervous gila, sbb first iv kn... takde pengalaman.. nak tanya senior pun x boleh.. sbb batch cik roti yg first kena iv.. tahun2 sebelum tu x ada pun iv ni..

dipendekkn cerita... iv asasi ni dlm group.. so 5 org satu group.. bila masuk bilik iv tu ada lah 2 org panel yg terdiri drp lecture2 PASUM.. mula2 masuk semua panel ni ckp melayu tau.. nk hilangkn nervous kteorg kowt.. (dlm hati: boleh ckp melayu eh)... berangan jelah.. sbb bila iv start.. tiba2 panel speaking eng kaow2 kowt.. dgn muka seriousnyer.. iv dimulakn secara individu dulu, follow up by group discussion... lebih kurang dlm 30 min, habis dah.. sepanjang tu semua org speaking, x guna bm pun.. bila sembang2 ngan kwn yg dh di iv... diorg kata boleh je nk ckp melayu.. tapi kena mintak izin dulu kt panel... huh.. (boleh ckp bm rupanya)

kesimpulan utk iv nie : panel cuma nak tgk cara kita berkomunikasi dgn kwn2 and pendirian kita ttng beberapa perkara.. yg penting be honest time jwb soalan diorg..

ok done...


second iv pulak :

Pusat Asasi Sains UM - First degree

kenapa iv dkt PASUM?? bukan sepatutnya dekat fakulti ke??

utk budak2 PASUM, kteorg akan di iv selepas habis final exam asasi, sbb tu buat dkt PASUM.. panel2 dr fakulti yg dtg utk iv kteorg...
utk yg apply dgn upu.. iv akan dibuat dkt fakulti.. time tu budak PASUM dah x perlu dtg iv.. x kn nk iv dua kali pulak kn..

tapi ada pro n con jgkiv awal ni.. sbb kteorg habis exam hari khamis.. iv hari sabtu n ahad.. so persediaan tu kurang sbb semua org pakat berjimba sampai x ingat pasal iv.. haha.. termasuk la cik roti..

cik roti kena iv hari sabtu pagi... hari pertama n org pertama yg kena masuk bilik iv.. (takpe,, cepat masuk.. cepat habis).. tapi disebbkn cik roti org first.. mcm2 lah kena tanya soalan.. semua soalan2 killer.. kalau x tau ckp je x tau.. jgn buat2 tau.. habis nanti..

so fully eng with 3 panel ; doctor,pharmacy,dentist
yg Dr tu menakutkn.. saiko sgt..

so byk jugak soalan yg cik roti terpaksa passsss sbb soalan dia detail sgt.. time tu mmg fikir nk keluar cepat je... sebelum keluar tu.. panel ckp.. kalau ada rezeki, adalah.. apa2 hal pun kena tengok pointer dulu.. lepas syarat ke x... (time tu pointer cik roti x lepas syarat.. semuanya bergantung pd keputusan sem2 nanti.. tapi gagah jugak mintak sbb nk kejar cita2..haha.. poyo)
                    

iv ketiga:

USM P.Pinang - First degree

time tau kena gi iv USM ni cik roti dah tak nervous sgt.. sbb dah ada pengalaman kn.. wink2..
utk iv ni cik roti prepare ok.. sbb x nak jadi mcm kt UM dulu.. cik roti cari jwpn utk soalan yg cik roti x berapa nak dpt jawap.. cik roti pun dah dpt agak soalan yg akan ditanya sbb kos utk iv ni sama dgn kos yg cik roti mintak kt UM tu..

waktu menunggu kt luar.. cik roti tgk kebanykn yg dtg iv nie student bangsa cina n india.. melayu ada  2 je : cik roti ngan sorg budak lelaki.. cik roti jd calon yg ke-11 drp 12.. lama la kena tunggu.. iv USM ni pelik2 sikit.. haha.. ada yg kena menyanyi, menari n mcm2 lagi.. panel nk tgk kte confident ke x kowt.. habis je iv.. panel tu mcm bagi harapan kt cik roti.. tapi sebelum cik roti keluar.. dia tanya: kalau awak ditawarkn kos ni dkt USM dgn UM.. awak nak pilih mana.. dan kenapa..
cik roti gelak sbb mmg dah agak soalan ni mungkin ditanya.. jadi cik roti jwb la UM dgn sebab2nya. panel tu senyum je sambil angguk2..


last iv :

UKM - First degree
asal byk sgt kena pergi iv ni?? haha.. siapa suruh mintak kos yg kena iv.. padan muka.. time ni dh malas nk gi iv.. hehe.. mengada.. tapi cik roti pergi jugak la.. sbb dah ada pengalaman pergi iv, cik roti dah reti kawal perasaan cuak tu.. so steady je masuk bilik iv tu.. (acece.. padahal tgn kaki semua dh sejuk) panel tu tanya first choice cik roti n so on.. cik roti pun jwb la.. pastu dia tanya soalan yg sama jgk.. UKM or UM??  why??


itu jelah kowt yg cik roti nk kongsikn...

rumusan yg boleh dibuat : kalau gi iv tu.. yg paling penting kena yakin.. walaupun kita ckp eng pun tergagap2 lagi.. tunjuk minat trhdp kursus yg dipohon tu.. sopan santun, jaga tatasusila wktu di iv.. kalau boleh search apa yg boleh dibuat dn x boleh dibuat wktu iv.. cik roti pun search jugak n dulu dah ada mock iv kt sekolah.. so reti lh sikit2.. kalau ada soalan yg tak tau tu mengaku je kt panel tu.. jgn buat2 tau pulak.. and kalau boleh sediakan satu soalan utk tanya kat panel tu.. nampak sikit mcm berminat sgt..haha..

kepada semua kwn2 yg akan start degree 1 hb ni... all the best k.. yg sedang belajar lagi tu.. buat elok2.. bila2 senang kita jumpa lagi..

the end.. bye.. wasalam..




Wednesday, April 9, 2014

ex-Palamian 13/14

wahh... dah tamat belajar sbgai asasian lbh tepat lagi Palamian.
rasa mcm bru je MDS. hmmm
so spjng bljr kat asasi ni. banyak event menarik yg berlaku.
yg U anjurkan dan yg dianjurkan sendiri.. hehehe
dah lama tak update blog ni.
ni pun malas nk ckp byk, just upload gmbr je.. hehe
Alhamdulillah dapat kenal housemates and classmates yg sporting,cool but giler2 sikit.. haha
and not to forget.. my long distance friend Jieha!! :D 


hehe.. gmbr dr belakang je.. 


Ni kami berempat keluar jalan2.. huhu p SCM..


selepas hujan.. wahh.. rindunya PALAM..
PALAM bila senja.. wahhh. Subhanallah :D
ni masa sy,ecah n Nazatul p jalan2. kepunang nak makan coolblog.. hoho.
jadi kami pon pergi la Angsana..


Outing with housemate. Nadia tade sbb dia tga duduk. hehe..
Zulaika dah dekat Johor masa tu. hehe... apa nama tempat ni.. hmm.. hah Sunway Pyramid.


Ambik!! tangga kejayaan.. pehh.. haha.. 
tapi lama2 tak rasa pon penat.
sbb tiap2 hari naik.. kalu tak pon bus rapidKL ada.. ;)


me and the queen. so thats make me a princess? hohoo... kiddin.
with my lovely housemate. ika.. hehe


ok. princess and the pauper? buawahaha.. ni miss ecah.. keke..
tujuan kami pergi dinner untuk makan!! hahaa


selepas dipujuk rayu oleh Syada.
di sinilah kami.. Stadium Putra.. tgk LCW lawan..


lps menang.. LCW peluk anak dia.. wahh.. so cute!!


last night being together. ok.. ecah kena bully. haha..
yg depan sekali tu birthday girl.. jgn harap nak terlepas..kena gak tepung. buwahahah




Ukhwah - Together is Better :)
thanks dear... love penghuni R3401 13/14 so much..
blueberry cheese cake hehe.. :D


sebelum makan kek.. kami pergi Angsana makan cendol n ABC.. hehe...


hehe.. budak2 comel.. yg purple tu tatau kami tgk buat rancangan jahat.. hehee


kami bertujuh.. gambar terakhir di Angsana..
aikk.. Raff tade lak?! tape tade ada yg menarik... hahahhaa


Karnival Hari Kitar Semula. yg baju merah tu.. hmm rasanya Pengetua kot.. haha


hasil kerja batik saya.. ok la kot..hehe


ni waktu kami tade keje.. hoho
will miss this

ni masa.. hmm.. Karnival Durian? haha..
tak igt tapi!! dpt main bubble tu yg penting.. hehe


AJK Karnival Bola Jaring... 
syok tgk bdk laki main.. haha.. lawak



Karnival bola Jaring :D 13/14



Konsert Amal.!!! berebut dgn ika. ika tau apa maksud kite.. haha


Last Day Chemistry Lab with our Mentor.!! miss Fariz!!!


last Day Class. bbdk laki kelas yg sgt cool.. haha..
p/s : abaikan yg baju hijau tu.. berlakon je tu.. haha


ni gambar yang paling ok.. gambar lps tu.. haishh... dgn selipar pon ada. 


hah.!! kan dah cakap.. huhu


ore pata timor.. haha




huwaa.. will miss this hall...


ke bumbung kami daki.. huh?! ok.. lupakan..
this is..hmm. FSK 2,3,4.. 2nd tallest builiding


kertas exam kami dibungkus rapi untuk dieksport ke bilik pensyarah.. haha


first and last pergi tasik ni.. masa last Day Final Exam Sem 1


ni kes buat assignment lambat.. pukul 5 nak tutup..
petang tu jugak la buat... haishh..


sob3..

sayang.. kalu tak cukup.. kurang sorang.. 
sbb Aireen kelik klate.. :D
but still we enjoy.. :)





berakhirlah post saya pada kali ini.. 
hmmm.. nanti degree lak.. haha.. 
kehidupan sebagai pelajar tidak pernah habis.. 
akhir sekali..



ye la kan.. tahun ni 19. tahun depan 20.. pandai2 la cari calon yg baik.. haha... faham2 jela.. :D