cik donut nk cite sikit apa yg terjadi kepada EMAS hari khamis..
pada pagi yang sunyi sepi di depan rumah cik donut, kereta ayah cik roti meluncur laju di dpan rumah cik donut,, nak tau sebab apa?? sebab,, dah lambat dari masa yang doktor kat hospital tu tetapkan untuk temujanju nie,, ini mesti cik roti bangun lambat,, lupa pula,, dalam kereta tu juga ada chipsmore,,
selepas dah selesai urusan untuk pemeriksaan kesihatan,, cik donut, chipsmore dan cik roti menuju ke kantin hospital untuk makan,, semua perut2 dah berlagu,, hehe,, kiteorag bertiga semua makan mee kari,, owh,, mee kari itu sangat berminyak,,selesai makan, kiteorg bertiga balik la rumah masing2,,
tiba2,,, ada satu mesej masuk ke dalam inbox hp cik donut,, daripada eyca rupa nye,, kata nya nak pergi sekolah untuk berjumpa dengan teacher su,, oleh itu,, kiteorg pun pergi la skola,, dalam perjalanan ke sekolah,, hujan dah turun rintik2,, hmm,,, dah sampai skola pulak takjumpa2 la eyca sorang nie,,
kami bertiga decide pergi jumpa cikgu2 untuk program JEJAK KASIH ,, jejak kasih nie cikgu fatimah yang bagi idea,,.. untuk apa kami jejak kasih nie?? untuk mencari kad kesihatan yang tak ada pada cikgu fatimah,, so, kami pergi la ke meja cikgu nazariah yang ajar matematik a.k.a guru kelas 2a3 tahun 2009.. cikgu kata kad tu tak ada pada cikgu,, lanjutannya,, kiteorang bersembang la dengan cikgu tanpa menghiraukan cikgu2 yang lalu lalang di bilik guru tu,, hee ** cikgu2, jgn marah,, pastu, eyca pun datang,,, pejam celik pejam celik dah sembang dengan cikgu hampir pukul 1.45... cikgu ada kelas pukul 1.45... kami bertiga minta diri cari cikgu aziz,,
dalam perjalanan menjejak kasih kad kesihatan,, EMAS terserempak dengan ibunda aisya,, kasihan ibunda aisya,,mencari2 anaknya yang seorang tu,, pastu, azfar kata aisya ada mesyuarat koperasi,, oleh itu, EMAS meninjau2 di bilik gerakan,, jumpa la aisya,, and then, kami ke bilik kaunseling,, kenapa kami pergi bilik kaunseling?? maaf2,, kami pelajar yang baik ** perah santan,, kami ke bilik kaunseling untuk berjumpa dengan cikgu rosma yang super comel dari dulu lagi,,
gambar cikgu rosma tak sempat nak amik,,,..
bilik kaunseling tu super sejuk,, macam hampir beku pulak,, tambah pulak kat luar hujan tersangat lebat,, kami dengan tanpa segan silu meminta ckgu belanja,,hehe,, cik roti dan chipsmore punya idea la nie,, mereka memang pandai berkata2 smpai cikgu pun dengan ikhlas nye membelanja kiteorg,, TERIMA KASIH, CIKGU.. cikgu belanja kiteorg kat kantin sekola,, seronok,, sebab EMAS jadi guru muda sekejap..hehe..bukan apa, adela seorang pelajar petang kata, " owh,,ade cikgu baru,," cik roti suda kembang hidung waktu tu,, **roti, jangan marah..
lepas makan, EMAS pergi la menjejak kasih cikgu aziz di pejabat.. cikgu aziz mengatakan bahawa kad kesihatan ada pada Ms Wong a.k.a guru bi 4 sains 1.,, kesudahan yang menghampakan..huhu.. lepas tu, cari ckgu cikgu Tipah a.k.a cikgu paling vogue,, kiteorg cari cikgu sebab nya saja nak jumpa dan sembang2 dengan cikgu,, maklum la dah lama tak borak2,, cik roti beratanya pada cikgu,,boleh tak kiteorg nak sembang.. mengejutkan,, cikgu suruh kami tunggu di pondok biru,, sebab cikgu ade kelas,, kenapa cik donut kata 'mengejutkan'??? ini kerana,, cikgu Tipah selalu nya menghalau kiteorg,, tak nak borak2 dengan kiteorg la katakan, huhu.. kami pun tunggu la dengan sabar,, bukan apa, takut cikgu bermonolog sendirian..: " ishhkk budak2 nie,, tak kenang budi,, aku ajar depa sampai la depa dapat khb tu A.. tak boleh nak tunggu sekejap ke??" hehe..
sambil menunggu cikgu Tipah mengajar pelajar nya dengan penuh dedikasi..
dah tunggu lama2 nie, kami lapar semula,, tak smpai sejam perut tu nak proses,dah lapar,, ayoyo... kali ni cik roti yang belanja,, nak tau dia belanja ape?? dia belanja ROTI.. memang hantu roti betul cik roti nie,, sekian lama menuggu, cikgu Tipah pergi la kat pondok biru untuk membuka kaunter borak2,, kaunter borak2 nie ada bayaran, cekik darah kaunter nie,, cik roti kata kaunter nie BAHAYA.. sila jauhkan diri anda kalau ternampak kaunter ini,, hehe.. huhu,, banyak juga la isu2 yang kami sembang,, ade ketawa dan ada yang senyap2,, hehe..
eyca tiada dalam gambar sebab dia ade hal,, sibuk dengan kain yang disidai di rumah,,
persoallannye,, siapa yang amik gambar kiteorg nie?? jeng jeng jeng,,,...
***cikgu Tipah***
lepas tu hujan turun renyai2,, tengok la nie... dah malas nak taip,, penat,,
tiba masa untuk balik setelah hujan renyai2 kembali,, ~ donut chocolate ~ |